PARAH Teater atas talian

Mengenai Teater atas talian PARAH

Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah melancarkan Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya (PKKB) sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan kaum-kaum lain supaya mengatasi kesalahfahaman yang mungkin berlaku dan memupuk kerjasama dan hubungan harmoni antara pelbagai kaum.

Pada tahun ini, sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 yang berjudul “ COVID-19, Menyanjung Kepelbagaian”,  Dong Zong bekerjasama dengan The Instant Café Theatre  Company untuk mempersembahkan teater atas talian ZOOM PARAH pada 19 September 2021.

Synopsis

Kelakar, provokatif dan menyentuh perasaan, PARAH mempersoalkan persahabatan, bangsa, negara dan semangat kekitaan.

PARAH mengisahkan persahabatan Melur, Hafiz, Mahesh dan Kahoe yang merupakan pelajar Tingkatan Lima di Kuala Lumpur. Mereka adalah kawan karib dan selalu melepak di rumah Melur, bermain dan ada kalanya, belajar.  Akan tetapi, hidup mereka tercampak ke dalam kemelut apabila Mahesh berpihak kepada pelajar-pelajar lelaki India dalam kelas yang menolak penggunaan buku teks sastera, Interlok kerana buku tersebut disifatkan rasis. Mahesh cuba menjelaskan pendiriannya kepada kawan-kawannya tetapi ini sebaliknya menjadikan mereka berempat semakin terasing. Perkara-perkara polos seperti badminton kegemaran mereka dan lawak jenaka mainan kata semuanya kini dipandang nilai melalui kanta perkauman. Tanpa kemampuan untuk menyoal siasat parut sejarah dengan cara yang betul, hidup mereka menghadapi pergolakan yang meruncing.

Mampukah persahabatan mereka bertahan?

Parah oleh : Alfian Sa’at

Produksi: The Instant Café Theatre Company

Pengarah: Jo Kukathas

Muzik & Bunyi : Ng Chor Guan

Produser : Tan Cher Kian

Pelakon : Iedil Dzuhrie Alaudin, Gregory Sze, Farah Rani & Branavan Aruljothi

Tarikh:
19/09/2021
Masa :
2:00 pm
Tempat:
CloudTheatre
© Persekutuan  Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) .  Hakcipta Terpelihara
Website Developed by PCball Online Sdn Bhd. Proudly with Wordpress.