Pertandingan Fotografi Hari Malaysia 2021

“COVID-19: Menyanjung Kepelbagaian”
Sempena sambutan Hari Malaysia, Dong Zong dan Persatuan Fotografi Selangor Dan
Kuala Lumpur akan menganjur pertandingan fotografi dengan tema “COVID-19: Menyanjung Kepelbagaian”. Kami berharap pertandingan ini dapat menggalakkan khalayak ramai menyanjung dan memahami keindahan sifat kepelbagaian kaum dan budaya.
Tema pertandingan fotografi ini ialah menggambarkan kepelbagaian budaya dan integrasi kaum di Malaysia, menunjukkan interaksi pelbagai kumpulan kaum, terutama dalam tempoh COVID-19, serta mempamerkan semangat “COVID-19: Menyanjung Kepelbagaian”.
Semua karya penyertaan mestilah asli. Di samping itu, pertandingan ini juga berharap dapat meneruskan usaha mengekalkan simbolik kepelbagaian etnik dan budaya negara Malaysia.
Borang penyertaan perlu lengkap diisi dan gambar mesti sampai kepada penganjur utama sebelum atau pada 11 September 2021 (Sabtu). Penyertaan perlu dihantar melalui emel (softcopy) dan cetakan gambar perlu dihantar melalui pos.

Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman web Dong Zong
(https://www.dongzong.my) atau menghubungi pengawai eksekutif Bahagian Hal Ehwal
Organisasi, Encik Yap e-mel: dzmemc@dongzong.my .
Sekian terima kasih.

© Persekutuan  Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) .  Hakcipta Terpelihara
Website Developed by PCball Online Sdn Bhd. Proudly with Wordpress.