Projek sahabat pena saya

Dong Zong sebagai sebuah pertubuhan bersifat pendidikan ingin meluaskan rangka kerjanya dalam memupuk kesedaran mengenai konsep kepelbagaian dan menyemai semangat perpaduan dalam masyarakat. Dengan itu, kami telah melancarkan projekSahabat Pena Saya” dengan objektifnya mengeratkan hubungan persahabatan antara pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dengan Sekolah Musleh melalui kaedah e-mel selama 26 minggu, dengan harapan mewujudkan masyarakat yang muhibah dan bertoleransi.

Projek ini antara alternatif akibat wabak covid-19 yang amat mempengaruhi proses pembelajaran para pelajar. Ia juga antara fasa pertama iaitu peringkat percubaan untuk buat masa ini dan kami berharap dapat mengembangkan projek ini sekiranya mendapat sambutan baik pada masa hadapan.

Projek ini akan diakhiri dengan hantaran laporan dan persembahan atas talian bagi setiap peserta pada peringkat akhir dan para peserta akan diberikan hadiah istimewa serta sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan. 

Objektif:

1. Menggalak interaksi rentas budaya dan perkauman antara pelajar melalui e-mel.

2. Memupuk semangat menghormati dan inklusif terhadap masyarakat berkepelbagaian di kalangan anak muda.

Kumpulan sasaran: 40 orang pelajar berumur 15-18 tahun dari Sekolah Agama Persendirian
dan SMPC (Sekolah Menengah Persendirian Cina)

Tarikh : 22/03/2021 sehingga 18/09/2021

Tarikh pendaftaran : 10/03/2021(Rabu)

Tarikh tutup : 17/03/2021(Rabu)

Pautan pendaftaran: https://bit.ly/3fNtgqh (google form)

Cara penyertaan: interaksi melalui e-mel Pendaftaran

Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (Mengikut keupayaan dan kesenangan para peserta)

Garis panduan:

• Setiap sekolah akan memilih 10 orang wakil pelajar untuk menyertai projek ini . Seorang guru akan dipilih sebagai penyelaras bagi pihak sekolah.

• Selepas mendapat persetujuan daripada pihak ibu bapa atau penjaga, peserta akan mendaftar melalui pautan yang tersedia.

• Peserta akan mendapat pemberitahun oleh pihak penganjur mengenai sahabat pena yang terpilih melalui e-mel dan pesanan ringkas pada 22hb Mac 2021.

• Syarat E-kawan yang terpilih: berlainan kaum, budaya, dan umur yang sama atau jurang setahun.

• Peserta hanya boleh membuat interaksi melalui e-mel sepanjang projek ini selama 26 minggu.

• Peserta wajib mematuhi peraturan-peraturan yang tertera seperti di atas termasuk menghormati hak peribadi seseorang dan maruah serta nilai kepelbagaian dan hakasasi manusia.

• Terdapat 5 tajuk perbincangan (sila rujuk lampiran) yang perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan (sekurang-kurangnya sekali untuk perbincangan,perlaksanaan atau penyediaan untuk tajuk tersebut dalam tempoh
tersebut).

• Namun, pihak penganjur juga akan menyediakan tajuk-tajuk lain sebagai rujukan.

• Peserta boleh memberi maklum balas kepada guru ,ibu bapa atau pihak penganjur sekiranya perlu dari semasa ke semasa.

• Pihak penganjur akan mengambil tahu perkembangan setiap peserta melalui e-mel atau pesanan ringkas setiap bulan.

• Para peserta diminta untuk membuat pembentangan kumpulan atas talian pada sesi akhir iaitu 18/09/2021 (Sabtu) dan menyediakan laporan maklum balas sebulan selepas aktiviti ini tamat.

• Semua peserta yang berjaya menjalani projek ini akan diberikan sijil penyertaan dan hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan.

• Sebarang Pertanyaan, sila hubungi En Yap Heng Lung melalui e-mel: henglung_yap@dongzong.my atau talian 03-87362337 (301)

© Persekutuan  Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) .  Hakcipta Terpelihara
Website Developed by PCball Online Sdn Bhd. Proudly with Wordpress.