Projek sahabat pena saya 2021

 Tajuk utama: 

5 Tajuk utama akan dijalankan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. (Peserta hanya perlu membuat perbincangan atau menyediakan kerja tersebut mengikut 5 tajuk utama tersebut sekurang-kurangnya sekali sepanjang aktiviti.) 

Mac -Mei: 

1. Tajuk: Ini budaya dalam kehidupan saya 

Pengenalan budaya dalam kehidupan anda termasuk perayaan atau adat resam. Sekiranya ada gambar akan lebih menarik! 

2. Tajuk: Pekara yang memilukan saya 

Nyatakan pengalaman yang tidak baik terutamanya pekara berkaitan anti perkauman atau budaya sesuatu etnik. Jika tidak, kongsikan perasaan apabila membaca berita berkaitan isu-isu tersebut atau pengalaman melihat peristiwa dimana orang lain dihina/dibuli atas sebab identiti mereka. 

Jun- Ogos: 

1. Tajuk: Kawan baru saya di Malaysia 

Pelarian atau pekerja asing (pekerja migran) antara kawan yang kita selalu jumpa dalam kehidupan harian.Namun, masih banyak orang berikan layanan dan pandangan buruk terhadap mereka. Apakah pandangan anda dan apakah penyelesaian untuk masalah ini? 

Pelarian: 

Mengikut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian (UNHCR) mendefinisikan pelarian sebagai pihak yang hidup dalam ketakutan dan risiko tinggi di sesuatu tempat disebabkan kaum, agama, unsur politik , identitinya dalam sosial dan sebagainya yang terpaksa meninggalkan tempat asalnya untuk mendapat perlindungan sementara.Antara contoh pelarian di Malaysia adalalah Rohingya dan Chin dari Myanmar, Kaum Champa dari Kemboja dan sebagainya. 

2. Tajuk: Menghayati budaya Malaysia 

Memerhati atau memahami aktiviti budaya dan agama kaum lain seperti cara dan jenis pemakanan oleh setiap kaum, aktiviti keagamaan di rumah ibadat yang berlainan agama. Jika tidak, boleh bincangkan keunikan budaya yang diamalkan oleh semua orang Malaysia contohnya makanan sarapan atau minuman yang paling gemari oleh rakyat Malaysia. 

Selain itu, anda juga boleh mengkongsikan lagu atau filem tempatan yang anda pernah 

Gambar berkumpulan di majlis penutupan Projek sahabat pena saya
© Persekutuan  Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) .  Hakcipta Terpelihara
Website Developed by PCball Online Sdn Bhd. Proudly with Wordpress.