Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) ditubuhkan pada 22 Ogos 1954. Ahli-ahlinya terdiri daripada persatuan lembaga pengurus sekolah atau persatuan lembaga pengurus dan guru-guru sekolah Cina dari setiap negeri di seluruh negara. Lembaga pengurus sekolah Cina bertanggungjawab untuk membangunkan sekolah dan pendidikan demi melahirkan modal insan cemerlang dan berbakat untuk bangsa dan negara, dan menampung pembiayaan dan tanggungjawab kerajaan dalam pendidikan.
Dong Zong berusaha gigih untuk menentang dasar pendidikan satu aliran sekolah demi mempertahankan hak pendidikan bahasa ibunda di samping menuntut keadilan dan kesaksamaan status dan kedudukan antara semua kaum atau etnik.