Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya (PKKB)

Jom Menyanjung Kepelbagaian!
Pengenalan Dong Zong
Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) ditubuhkan pada 22 Ogos 1954. Ahli-ahlinya terdiri daripada persatuan lembaga pengurus sekolah atau persatuan lembaga pengurus dan guru-guru sekolah Cina dari setiap negeri di seluruh negara. Lembaga pengurus sekolah Cina bertanggungjawab untuk membangunkan sekolah dan pendidikan demi melahirkan modal insan cemerlang dan berbakat untuk bangsa dan negara, dan menampung pembiayaan dan tanggungjawab kerajaan dalam pendidikan.
Dong Zong berusaha gigih untuk menentang dasar pendidikan satu aliran sekolah demi mempertahankan hak pendidikan bahasa ibunda di samping menuntut keadilan dan kesaksamaan status dan kedudukan antara semua kaum atau etnik.

Pengenalan
Dalam masyarakat majmuk, kepelbagaian budaya dan bahasa merupakan satu aset yang amat penting bagi negara ini. Pada tahun 2018, Dong Zong telah melancarkan Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya (PKKB) yang bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan kaum-kaum lain supaya mengatasi kesalahfahaman yang mungkin berlaku dan memupuk kerjasama dan hubungan harmoni antara pelbagai kaum. Selain itu, PKKB akan menjalankan kajian dalam pendidikan bahasa ibunda dan kepelbagaian budaya (Multiculturalism) dengan meneliti perkembangan antarabangsa. Ini merupakan asas amalan kami untuk mendapat sokongan dan persefahaman dengan kaum lain. Konsep dan objektif PKKB adalah seperti berikut:
Konsep
Menggalakkan kerjasama antara kepelbagaian aliran sekolah.
Meningkatkan silang budaya antara kaum di kalangan pelajar melalui pelbagai aktiviti.
Objektif
Memperkukuhkan interaksi silang budaya antara kaum.
Membina pandangan dan idea
Mengkaji pendekatan perpaduan negara dengan pendekatan integrasi national. 
Mengkaji pendekatan Eksklusivisme dengan pendekatan kepelbagaian budaya. 
Menjalan kajian serta mempromosi pemikiran kepelbagaian budaya.
Merancangkan aktiviti
Mengkaji dasar kerajaan. 
Menterjemahkan bahan-bahan ilmiah dan dokumen yang berkaitan. 
Menjalinkan hubungan erat dengan kumpulan masyarakat sivil (NGO). 
Mempromosikan idea Kepelbagaian Budaya di sekitar sekolah.
Sambutan Perayaan kebudayaan
Kami menggalakkan pelbagai aliran sekolah untuk berkerjasama dan bermasa-sama menyambut hari perayaan pelbagai kaum. Penyertaan para pelajar adalah diutamakan.
Aktiviti Penyiaran Filem
Aktiviti penyiaran filem antara cara untuk meningkatkan kesedaran para pelajar mengenai kepentingan nilai saling hormati dan toleransi di antara pelbagai kaum dalam masyarakat kita.
Kem Muhibah
Menggalak dan memperkenalkan kem muhibah sebagai satu platform untuk meningkatkan kesedaran para pelajar tentang konsep inklusif dan persefahaman antara pelbagai etnik dan budaya di negara kita.
Perkhidmatan Komuniti
Kami menggalakkan pihak sekolah pelbagai aliran untuk bersama-sama menganjurkan program perkhidmatan sosial atau komuniti seperti pemetaan komuniti, gotong royong dan sebagainya.
© Persekutuan  Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) .  Hakcipta Terpelihara
Website Developed by PCball Online Sdn Bhd. Proudly with Wordpress.